Thursday, December 23, 2010

SERONOK MELIHAT ANAKKU MAKIN MEMBESAR...

Baru waktu ini aku free nak publish cerita baru...seronoknya melihat anakku memperagakan pakaian bomba kecil Kelab 3K semasa masuk pertunjukkan pakaian beragam di sekolah nya Sekolah Tadika Agama Darul Quran Presint 9, Putrajaya...


Adalah sehari suntuk aku mencari baju uniform celoreng bomba tu, sampaikan Haqimiey merajuk dengan mamanya...seronok melihat keletahnya itu...Anakku sampai merajuk pagi tu enggan pergi sekolah kerana belum dapat baju yang diidamkannya untuk pertunjukkan itu...Mulalah dia mula buat perangai sampai terpaksa aku bawa ke office untuk redakan dia..dalam pukul 10 pagi aku mohon kebenaran keluar dengan bos aku untuk membeli pakaian tersebut.

Ada jugak aku tanya pada kawan2 officemate kat mana nak dapatkannya, pada husband yang sedang training, alahai sayangnya pada anakku...So, aku cubalah pergi ke WARTA Bangi, Kajang, PKNS Bangi, Presint 14, 8 dan Alamanda dan akhirnya aku jadi buntu kerana tiada dijual baju untuk saiz anakku Haqimiey...yang ada cumalah saiz XS yang sesuai untuk budak darjah 6...hmmm angat besar dah macam pakai skirt la plak...kesian dia sampai merajuk lagi dengan mamanya...Penat berjalan janganlah cakap...tapi barangnya tak dapat tu yang frust sangat...

Akhirnya, aku nampak ada kereta bomba berhenti di Presint 14..Then, aku pun buka la mulut bertnya kot2 ada dijual baju yang suit untuk Haqimiey budak 5 tahun. Lupalah pulak nama mereka...yang aku ingat sorang pegawai KB 32 yang satu lagik tak tau..hmmm..mereka kata ada kelab 3K untuk kanak2 seperti anak aku ni rupanya..Dari situ aku pun menjejaki Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya untuk mendapatkan keterangan lanjut...


Alhamdulillah...akhirnya hajat Anakku Haqimiey kesampaian jugak akhirnya...hehe...dapat satu set lagi baju. seluar, topi, beg dan kasut bot lagi...memang rezeki Haqimiey lah...hehe...tapi barang tu cuma pinjaman sementara je selagi belum menjadi ahli sepenuhnya Kelab 3K tuh...Mama dan Papa cayangkan Haqimiey sangat!!!

No comments:

Post a Comment