Thursday, January 13, 2011

New Semester Part 4 DQS for new year 2011...

Minggu ni dah bermula kelas pengajianku di Uitm semester ke-4. Rasa bersyukur kerana semua subjek semester 3 telahpun lulus..Alhamdulillah...Walaupn result tak berapa gempak macam Part 2 yang lepas tetapi aku harus akur dengan segala ketetapannya...tapi yang pasti tetap 3 pointer last semester...Chaiyok2 aza...huhu....

Aku akui bukan mudah untuk menggemgam segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan. Cuma azam, kesabaran dan bertawakal kepada Allah SWT sahaja yang menjadi kekuatanku selama ini...Api pembakar semnagatnya of course la Keluargaku yang tercinta, Suamiku tersayang Abd Razak, anakku Haqimiey,  mak dan abah, adik-adikku di Johor bahru dan juga Keluarga mertuaku...Aku bersyukur seadanya....

Bila fikir-fikir balik akan beratnya tanggungjawabku sebagai isteri, ibu, anak, pelajar dan ditambah pula dengan bizness lagi..hmm...memang kena perlu kekuatan mental dan fizikal kan...Aku perlu sabar di dalam usahaku ini...Apapun, aku perlu serahkan segala usaha dan tawakalku kepadaNYA yang aku rindu setiap saat dan masa..Ya Allah semoga segala usaha dan keringatku ini menjadikan aku makin dekat denganmu Ya Allah......Amin Ya Rabbal Alamin...

Sebenarnya Banyak betul kelebihan membaca zikir 99 nama-nama Allah yang banyak membawa kebaikan terutamanya untuk jiwa dan ketenangan hidup...Sentiasa membacanya membuatkan aku sentiasa insaf dalam pada mengingatiNYA....

  


Thursday, December 23, 2010

SERONOK MELIHAT ANAKKU MAKIN MEMBESAR...

Baru waktu ini aku free nak publish cerita baru...seronoknya melihat anakku memperagakan pakaian bomba kecil Kelab 3K semasa masuk pertunjukkan pakaian beragam di sekolah nya Sekolah Tadika Agama Darul Quran Presint 9, Putrajaya...


Adalah sehari suntuk aku mencari baju uniform celoreng bomba tu, sampaikan Haqimiey merajuk dengan mamanya...seronok melihat keletahnya itu...Anakku sampai merajuk pagi tu enggan pergi sekolah kerana belum dapat baju yang diidamkannya untuk pertunjukkan itu...Mulalah dia mula buat perangai sampai terpaksa aku bawa ke office untuk redakan dia..dalam pukul 10 pagi aku mohon kebenaran keluar dengan bos aku untuk membeli pakaian tersebut.

Ada jugak aku tanya pada kawan2 officemate kat mana nak dapatkannya, pada husband yang sedang training, alahai sayangnya pada anakku...So, aku cubalah pergi ke WARTA Bangi, Kajang, PKNS Bangi, Presint 14, 8 dan Alamanda dan akhirnya aku jadi buntu kerana tiada dijual baju untuk saiz anakku Haqimiey...yang ada cumalah saiz XS yang sesuai untuk budak darjah 6...hmmm angat besar dah macam pakai skirt la plak...kesian dia sampai merajuk lagi dengan mamanya...Penat berjalan janganlah cakap...tapi barangnya tak dapat tu yang frust sangat...

Akhirnya, aku nampak ada kereta bomba berhenti di Presint 14..Then, aku pun buka la mulut bertnya kot2 ada dijual baju yang suit untuk Haqimiey budak 5 tahun. Lupalah pulak nama mereka...yang aku ingat sorang pegawai KB 32 yang satu lagik tak tau..hmmm..mereka kata ada kelab 3K untuk kanak2 seperti anak aku ni rupanya..Dari situ aku pun menjejaki Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya untuk mendapatkan keterangan lanjut...


Alhamdulillah...akhirnya hajat Anakku Haqimiey kesampaian jugak akhirnya...hehe...dapat satu set lagi baju. seluar, topi, beg dan kasut bot lagi...memang rezeki Haqimiey lah...hehe...tapi barang tu cuma pinjaman sementara je selagi belum menjadi ahli sepenuhnya Kelab 3K tuh...Mama dan Papa cayangkan Haqimiey sangat!!!

Thursday, November 11, 2010

My Lovely & Happy Family

Aku sangat-sangat bersyukur kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang cukup sederhana tapi kaya dengan kasih sayang. Aku punya 3 beradik yang boleh dikatakan rapat masa  kecil2 dulu. Standard la kan ada masa baik ada maa gaduh...hehe..tapi sebenarnya bole dikatakan sekepala dalam membuat keputusan. Punya mak yang cukup penyayang dan sangat memahami..cayang makk..Punya abah yang memang seorang yang tegas dalam menegur kesilapan anaknya masa kecil dolu2..tapi yang sebenarnya ikhlas mendidik kami adik beradik. Kalalu tak kami adik beradik x de la jadi manusia yang berguna macam sekarang ni..Walaupun kitaorang semuanya lain-lain kepala & ragam tapi semuanya mempunyai idea yang boleh dikongsi untuk digunakan mengejar matlamat hidup masing-masing...


Mungkin sekarang ni belum ada rezeki lagi mencipta kejayaan yang besar, tapi usaha yang tidak mengenal putus asa adik-adikku membuatkan aku semakin kuat untuk teruskan lagi usaha menamatkan pengajianku diperingkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan di Uitm Shah Alam yang tinggal lagi lebih kurang 1 tahun sahaja lagi. Aku suka adik-adikku mencipta kejayaan diri masing-masing..Adik aku Ikin pun dah mula sambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sumber Manusia di UTM Skudai Johor. Adik aku yang lelaki Kamarul pula akan ke Jepun tahun depan dan mungkin tak alama lagi akan ambil sijil NIOSH Safety Officer untuk peningkatan kerjayanya...Usahanya membuka kolan ikan pun dah mula menampakkan hasil yang membanggakan...Alhamdullillah...


Aku sedar, suatu hari nanti pasti kejayaan dapat dicapai sekiranya kami adik beradik bersatu untuk menciptanya bersama..Walaupun adik beradikku tak ramai hanya 3 orang sahaja tapi kalau berjumpa rasanya macam lebih 10 orang..Heee...seronok sangat2 kalau dapat berjumpe sekali sekala cam time hari raya ke, cuti2 ke...best sangat...
Terima kasih mak dan abah kerana berjaya mendidik dan membesarkanku selama ini....sudah tiba masanya aku dan adik2 pula menjaga dan mengembirakan mak dan abah...

















Hidupku kini juga sudah hampir lengkap setelah sudah lebih 6 tahun aku menamatkan zaman bujangku dan mendirikan rumahtangga bersama suamiku tercinta Abd Razak bin Masyum (ajax). Bibit-bibit perkenalanku dengannya bermula ketika kami sama-sama menuntut di Uitm Perak. Dia senior 2 semester dariku. Ingat lagi masa tu aku Part 2 Diploma Ukur Bahan dan dia Part 4 Diploma Bangunan...mungkin pada mulanya cumalah kawan biasa dan aku ni seorang yang suka jual mahal...membuatnya ajak tak putus-putus berusaha mendekati diriku, kerana sikapnya yang gentlemen dan keikhlasannya untuk berkawan dan suka berterus terang telah berjaya membuka hatiku dan membuatkan hatiku terus terpaut  dengannya... hehehe....seronok pula teringat kisah 10 tahun yang lepas...zaman muda remaja...aku 19 tahun dan dia 20 tahun...Banyak peristiwa pahit dan manis suka dan duka kami tempuhi bersama...Pengalaman inilah yang menjadikan aku lebih matang untuk menguruskan kehidupanku kini.






















Aku bersyukur ditakdirkan berkahwin dengan hubbyku..sangat ambil berat tentang diriku & anakku..banyak hikmah bila ditakdirkan kami duduk jauh2 macam nih...semakin hari semakin sayang ...semakin hari semakin kuat hubungan kami...Baru aku sedar bahawa pengorbanan itu begitu manis sekiranya kita menerimanya dengan hati yang terbuka dan bersabar...Baru seminggu lepas dapat berjumpa dengan hubbyku...tapi rasa macam orang baru bercinta pulak..padahal usia perkahwinanku sudah hampir memasuki usia 7 tahun...Seronok sungguh dapat berjumpanya walaupun sekadar 3 hari..bukan mudah menjadi seorang isteri kepada seorang Pegawai Bomba nanti..Isteri pasti perlu banyak memahami dan bersabar dengan kewajipan yang menuntut dalam kerjayanya..Di situ aku perlu belajar dari sekarang antaranya sering berjauhan dengan suami. walaupun jauh aku harus setia dan jujur dengannya..Banyaknya hati yang perlu aku jaga kan...Itulah aku sebagai isteri, ibu, anak, pelajar...hehe... 


Hubbyku kini masih lagi di dalam tempoh training Pen. Penguasa Bomba KB 29 di Wakaf Tapai Terengganu..setiap saat aku mengingatinya pasti aku akan mendoakan keselamatannya di sana. Risau sangat2 bila dia memberitahu aku yang dia akan masuk hutan seminggu. Mana tak ne aku kenal suamiku sangat2.. dia pun bukannya pernah  joint camping masa skolah2 dulu lagi lah nak sertai apa2 kelab yang masuk hutan pun tak de...risau sangat tapi selepas solat tahajjud aku mula rasa tenang kembali..aku sedar, cuma Allah SWT sahaja tempat yang terbaik untuk bermuhasabah diri dan lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya kan...Syukur Alhamdulillah bile dengar dia selamat dalam rurusan tugasnya tu...walaupun pahit jugak aku dengar pengalaman yang ditimbanya tetapi ini sudah cukup untuk memberikan pengalaman yang berharga buat suamiku.

















 
















Kehadiran cahayamataku yang pertama, Muhammad Farhan Haqimiey (Kimi) menjadi pelengkap kasih sayangku selama ini. Kini anakku sudahpun berusia hampir 5 tahun..Setiap hari aku cuba belajar menjadi seorang isteri dan mama yang terbaik  buat suami dan anakku.Pembelajaran yang berlaku secara berterusan adalah yang terbaik berbanding baik tapi berubah-ubah. Walau apapun, manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Bak kata lecturer aku Puan Rozi hmm..Hidup kita tidak akan pernah sempurna selagi kita tidak menerima ketidaksempurnaan orang lain..Sampai sekarang kata-kata itu masih lagi tergiang2..banyak kebaikan aku dapat sepanjang aku sambung belajar..makin bercambah pemikiran dan idea yang datang..Perasaan hormat padanya kerana kegigihan dan kesabarannya dalam menyampaikan ilmu kepada penuntut ilmu seperti aku..Pada aku dia sorang yang sangat cekal dan sabar...memang pun...

Anakku Kimi masih lagi berada di Johor rumah mak abahku. Esok hari yang ditunggu-tunggu untuk bertemu dengan anakku yang tersayang...cedih sangat2 semalam cuma dapat cakap sebentar je dengan dia...rupanya anakku sudah besar dan mula memahami banyak perkara yang mungkin aku sendiri tak pernah terfikir dia akan mengerti apa yang mama dan papanya sedang lalui...Cepat sungguh anakku membesar...terima kasih sayang kerana memahami keadaan mama dan papa...kehadiran Kimi menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk mama dan papa teruskan usaha menjadikan keluarga kita lebih bahagia..




















Kalau boleh ku hentikan putaran waktu, inginku pulang pada masa silam...Macam tak percaya usiaku sudah masuk awal 30an tahun depan..Macam tak percaya jek..huhu...cepat sungguh masa berlalukan...Rasa macam baru awal 20an..hehe...jangan perasan yea azza Walaupun begitu, masih banyak lagi perkara yang harus aku lakukan dalam usahaku untuk menjadi isteri, mama, anak demi menjadikan diriku benar2 lengkap meningkatkan keimanan dan ketakwaanku kepada NYA yang esa.....Oleh itu aku harus berusaha melengkapkan diri ini dengan ilmu dunia dan akhirat..insya'allah...